Anwar Lantik Pakar Forensik, DNA Luar Negara Untuk Kes Liwatnya

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik pakar forensik dan DNA luar negara untuk pasukan pembelaan menolak dakwaan pihak pendakwaan mengenai analisis DNA untuk perbicaraan kes liwatnya.

Peguam belanya, Sankara Nair berkata, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah mendapatkan perkhidmatan Pakar DNA, Dr Brian Leslie McDonald dari Sydney, Australia, dan dua pakar forensik, Prof Dr C. Damodaran dari Chennai, India dan Prof Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, Australia.

Dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada media hari ini, Nair berkata, beliau akan membawa pakar berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 9 pagi, esok.

Esok, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dijadual menyampaikan keputusannya berhubung permohonan Anwar supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar kes itu.

Minggu lepas, Anwar memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri atas alasan bahawa dua keputusannya berhubung laporan media mengenai kes itu telah menimbulkan elemen berat sebelah.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

Kenyataan itu turut menyertakan laporan latar belakang pakar berkenaan.

Dr McDonald, yang mempunyai PhD dalam Patologi dari University of Western Australia, telah melakukan dan melaporkan lebih daripada 5,000 ujian paterniti untuk kes undang-undang keluarga.

Dr McDonald, yang juga pengarah perunding DNA dan genetik molekul bagi Sonic Clinical Institute, telah mengarang atau pengarang bersama bagi 79 kertas saintifik, halaman dalam buku dan prosiding persidangan.

Dr Damodaran, yang mempunyai PhD dalam Bio-kimia dari University of Madras, berpengalaman selama 28 tahun dalam forensik dan pengajaran dan 36 tahun dalam analitis biokimia/generik toksikologi forensik biokimia dan teknologi bio.

Beliau merupakan pengasas DNA Fingerprinting Initiative India dan juga pusat ujian paterniti pertama. Beliau terlibat dalam 96 penerbitan berkaitan dalam jurnal-jurnal utama dan menerima anugerah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atas sumbangan besar kepada sains forensik pada 1995.

Dr Wells, yang merupakan ketua bahagian (perubatan asing klinikal) Victoria Institute of Forensic Medicine, menerima anugerah biasiswa amanah peringatan Winston Churchill pada 1992. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan