AirAsia Tawar Diskaun 20 Peratus - Berita Semasa | mStar

AirAsia Tawar Diskaun 20 Peratus

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan menawarkan potongan harga 20 peratus untuk semua tempat duduk ke semua destinasi sepanjang tempoh promosi empat hari, mulai 18 hingga 21 Februari.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, AirAsia berkata, promosi itu boleh diperolehi secara eksklusif dalam talian menerusi laman sesawangnya di www.airasia.com semasa tempoh promosi bagi pengembaraan mulai 23 hingga 31 Mac tahun ini.

Potongan harga untuk destinasi domestik dan antarabangsanya ialah bagi sembilan hab serantau AirAsia iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Bangkok, Phuket, Jakarta, Bali, Surabaya dan Bandung melangkaui 20 negara ke lebih 130 laluan.

Promosi itu tidak termasuk destinasi domestik dalam lingkungan Thailand dan laluan-laluan baharu ke India (Banglore, Hyderabad, Mumbai, New Delhi dan Chennai dari Kuala Lumpur dan ke Chennai dari Pulau Pinang) di mana jualan telah dibuka baru-baru ini dan tambang promosi masih boleh diperolehi sehingga 21 Februari.

Ketua serantau komersilnya, Kathleen Tan berkata, penumpang boleh menempah penerbangan ke destinasi kegemaran seperti London, Australia, China serta destinasi serantau seperti Siem Reap, Bali, Phuket, Bangkok, Jakarta, Singapura dan Ho Chi Minh City sepanjang empat hari promosi.

Mereka yang merancang untuk pengembaraan domestik di Malaysia juga akan mendapat manfaat daripada promosi itu memandangkan destinasi domestik turut terbabit, kata beliau. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan