12 Banduan Berdisiplin Terpilih Jumpa Keluarga Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

POKOK SENA: Seramai 12 banduan yang berkelakuan baik diberi peluang bertemu keluarga masing-masing sempena sambutan Tahun Baru Cina di Penjara Pokok Sena, di sini hari ini.

Pengarah Penjara, PKK Ahmad Fauzi Awang berkata, program itu bermatlamat untuk mengeratkan hubungan antara banduan dan keluarga mereka.

"Kita mahu apabila mereka bebas kelak mereka diterima keluarga dan dapat memulakan hidup baru yang lebih baik," katanya kepada pemberita di sini.

Fauzi berkata, walaupun mereka telah didapati bersalah melanggar undang-undang, namun para banduan itu wajar diberi peluang khususnya oleh keluarga sendiri untuk membaiki diri.

Beliau juga mengakui ada pada kalangan banduan di penjara itu yang disisihkan keluarga sehingga langsung tidak diziarahi sekali pun dijemput oleh pihak penjara.

Sementara itu, seorang banduan yang ditemui Lai Peh Gong (bukan nama sebenar) berkata, dia berasa gembira kerana berjumpa ibu dan adiknya selepas empat tahun dipenjarakan.

Lai yang dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan sebatan atas kesalahan dadah berkata, pengalaman di penjara mengajarnya untuk tidak mengulangi perbuatan lampau.

"Saya akan menolong abang dalam memajukan lagi perniagaannya selepas keluar nanti," katanya.

Seorang lagi banduan, Poh Lim Yeak berkata, ini adalah kali kedua dia terpilih untuk berjumpa keluarga.

"Kali pertama saya diberi peluang berjumpa dengan keluarga secara dekat adalah pada sambutan Hari Ibu dan Bapa dua tahun lepas," katanya yang dipenjarakan mengikut Seksyen 304 kerana membunuh tanpa niat.

Sementara itu, kakak Poh yang tidak mahu dikenali berkata, dia yang tinggal di Kuala Lumpur sanggup pulang ke Kedah untuk berjumpa adiknya apabila diberitahu dapat berbuat demikian.

"Saya harap pihak penjara akan selalu membuat program seperti ini dan jadikan program ini program tahunan," katanya sambil berterima kasih kepada pihak penjara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan