Tak Perlu Lepas Jawatan Wakil Rakyat Jika Keluar Parti

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembangkang diingatkan supaya memahami undang-undang dan amalan politik di Malaysia berhubung kedudukan seseorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak keluar daripada parti.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, pemimpin parti pembangkang tidak perlu 'berkokok' untuk menuntut bekas pemimpin mereka yang bertindak keluar parti agar melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.

"Mereka kena faham amalan politik di negara ini dan undang-undang tak pernah melarang seseorang wakil rakyat itu untuk keluar daripada parti yang diwakilinya untuk menjadi wakil bebas ataupun masuk ke parti lain.

"Jadi saya harap pemimpin pembangkang tidak payah nak berkokok banyak-banyak, buat penat sahaja kerana setiap pemimpin berkenaan mempunyai hak terhadap kerusi yang diwakilinya," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar wakil rakyat yang keluar atau melompat parti dengan menganggap mereka itu pengkhianat rakyat dan negara.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat harus menjadi orang yang bertanggungjawab dengan menyedari bahawa undi yang diberikan itu adalah amanah.

Terkini Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain bertindak keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang serta hilang keyakinan terhadap gabungan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun Ahmad Atory berkata, melabel seseorang itu sebagai pengkhianat rakyat dan negara adalah tidak tepat.

Menurutnya, seseorang calon yang bertanding pada pilihan raya pada dasarnya mewakili dirinya sendiri namun kebiasaannya calon berkenaan menggunakan tiket sesebuah parti politik.

"Tapi ada juga yang sememangnya bertanding atas tiket calon Bebas dan beliau juga boleh menang.

"Jadi ini menunjukkan faktor calon itu sendiri memainkan peranan yang penting dalam pemilihan wakil rakyat... kalau rakyat suka pada seseorang itu, bertanding atas tiket apapun orang akan pangkah (pilih)," katanya.

Selain itu menurut Ahmad Atory, istilah 'wakil rakyat' bagi seseorang Ahli Parlimen atau ADUN juga jelas menunjukkan mereka boleh mewakili rakyat di kawasan masing-masing tanpa bersandarkan kepada parti politik.

"Kita panggil mereka 'wakil rakyat' bukan 'wakil parti', jadi tak perlu timbul isu bahawa kalau keluar parti perlu letak jawatan.

"Asalkan boleh bantu rakyat, berada di kedudukan manapun tidak menjadi masalah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, undang-undang tidak boleh mempersoalkan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat walaupun bertindak keluar parti.

"Dari sudut undang-undang, memang kita tak boleh nak persoalkan kerana mereka ada hak untuk berbuat demikian.

"Tapi mungkin dari segi moral nampak perkara ini tidak baik," katanya.

Selain itu menurut Abdul Aziz, trend pengundian pada masa ini tidak lagi melihat kepada faktor parti mana yang bertanding sebaliknya faktor calon yang akan bertanding menjadi wakil rakyat mereka.

"Pengundi sekarang nak tengok siapa calon yang bertanding, faktor individu itu lebih penting kerana mereka yang dipilih itu nanti akan mewakili rakyat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan