Perkhidmatan KTM Sektor Utara Kembali Beroperasi

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) Antara Bandar dan perkhidmatan pengangkutan barang di sektor utara yang tergendala selepas 28 gerabak keretapi barang tergelincir di KM 58.75 antara Gurun-Junun telah beroperasi semula mulai hari ini.

KTM Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan di sini berkata, kesemua perkhidmatan tren penumpang dan barang dibenarkan melalui laluan tersebut setelah kerja-kerja pembaik pulihan landasan siap dan disahkan selamat.

"Kerja-kerja pengalihan gerabak akan dimulakan hari ini dan dijangka mengambil masa selama tiga hari iaitu sehingga Khamis ini untuk dialihkan sepenuhnya", kata kenyataan itu.

KTMB berkata, kerja-kerja pengalihan itu tidak akan mengganggu operasi tren di laluan tersebut kerana ia dilakukan ketika tiada tren beroperasi.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan namun besar kemungkinan berpunca dari besi landasan yang mengembang dan mengakibatkan landasan beralun akibat cuaca panas melampau di kawasan tersebut, kata kenyataan itu.

KTMB akan membuat pemantauan di laluan berhampiran bagi memastikan keadaan sama tidak berulang atau berlaku di laluan yang lain dan memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul ke atas para pengguna perkhidmatan kami sepanjang insiden ini," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan