KDN Bina Mekanisme Pantau Warga Asing Sepanjang Berada Di Negara Ini

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu mekanisme dan sistem bagi memantau status setiap warga asing yang memasuki negara ini sehingga mereka keluar semula akan dibangunkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, kekerapan penguatkuasaan perlu dimantapkan dengan mekanisme pemantauan yang komprehensif, yang hanya boleh diwujudkan sekiranya mempunyai sistem maklumat yang bersepadu dan berintegrasi.

"Kita sedang mengkaji penambahbaikan sistem maklumat sedia ada yang membolehkan semakan status warga asing boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana.

"Matlamat kita adalah untuk mewujudkan persekitaran di mana warga asing yang berada di negara ini tanpa status yang sah akan berasa takut dan terancam sehingga bersedia untuk meninggalkan negara ini pada kadar segera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hishammuddin, yang meninjau sendiri kebanjiran warga asing di ibu negara pada cuti umum sempena Tahun Baru Cina berkata, cadangan mewujudkan mekanisme tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI), yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 22 Feb ini.

"Mengambil kira isu warga asing ini melibatkan bidang tanggungjawab pelbagai kementerian dan agensi, adalah perlu cadangan ini diperhalusi di peringkat JKKPA-PATI yang melibatkan sebanyak 13 buah kementerian berkaitan," katanya.

Hishammuddin berkata, penambahbaikan dalam pengurusan dan pemantauan warga asing melalui pembentukan strategi yang baru perlu dilaksanakan sejajar dengan senario semasa seperti kaedah terkini pergerakan masuk dan keluar serta mobiliti pekerja asing dalam negara sukar dikesan melalui pendekatan konvensional.

Sebagai contoh, katanya, sungguhpun operasi penguatkuasaan melibatkan pelbagai agensi dijalankan dari semasa ke semasa namun ia masih belum dapat menangani lambakan pendatang asing tanpa izin di negara ini. Sebanyak 7,099 kali operasi telah dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen di seluruh negara sepanjang tahun lepas, yang melibatkan sebanyak 47,310 tangkapan. "Jumlah itu meliputi 26,545 kes masuk ke negara ini secara tidak sah, 8,655 kes tinggal di negara ini selepas pas atau permit tamat atau dibatalkan, 6,836 kes melanggar syarat pas atau permit yang dikeluarkan, 669 kes menggunakan atau memiliki pas atau permit palsu atau dipinda dan selebihnya 4,605 melibatkan lain-lain kesalahan," katanya.

Selain itu, katanya, para majikan yang mengambil pekerja asing juga akan dilibatkan dalam usaha membendung permasalahan ini kerana majikan memainkan peranan yang penting dalam memastikan agenda penambahbaikan pengurusan dan pemantauan warga asing dapat dilaksanakan dengan berkesan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan