DBKL Sedia Semburan Racun Aedes Percuma

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan sindiket penipuan yang menggunakan nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan penyemburan asap nyamuk.

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup memberitahu, terdapat segelintir pihak menggunakan nama pihak berkuasa tempatan itu untuk tujuan keuntungan dengan meminta bayaran yang tidak munasabah sebelum menyembur asap menghapuskan nyamuk.

"Kita tidak pernah mengeluarkan arahan membenarkan pihak swasta untuk meminta bayaran daripada penduduk untuk tujuan membasmikan nyamuk. Itu adalah kerja haram," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Salleh turut memberitahu, pihak DBKL ada melantik beberapa syarikat swasta bagi membantu pihaknya bagi tujuan berkenaan namun tidak pernah membenarkan pihak tersebut mengutip wang daripada pengguna.

"Sudah tentu kita ada melantik beberapa syarikat untuk membantu, tetapi bukan untuk meminta bayaran tambahan daripada penduduk.

"Kita juga turut menyediakan kad khas kepada syarikat yang dilantik untuk dijadikan sebagai bukti mereka dilantik oleh pihak DBKL," katanya.

Dalam pada itu beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang mengambil kesempatan ke atas situasi yang berlaku dan berharap mereka segera menghentikan perbuatan tersebut.

Ini kerana, jelasnya, apa yang dilakukan DBKL ialah membantu penduduk untuk membasmi denggi yang mampu meragut nyawa manusia, tambahan pula kes penyakit berkenaan sekarang meningkat secara mendadak.

"Meminta bayaran daripada penduduk adalah tidak munasabah, itu memang kerja kita," ujarnya.

Katanya lagi, beliau menyarankan penduduk yang pernah ditipu supaya melaporkan perkara itu kepada pihak polis atau terus kepada DBKL untuk tindakan lanjut.

"Kami memandang serius terhadap perkara ini, jika ditangkap tindakan serius akan kita kenakan," tegasnya.

Beliau turut menasihati masyarakat supaya menyelidik pihak yang datang ke rumah mereka sebelum membuat apa-apa pembayaran.

Sementara itu, Salleh turut memberitahu pengawalan pembiakan nyamuk di Kuala Lumpur adalah terkawal ketika ini dengan penyemburan berterusan oleh pihak DBKL. Menurutnya, kawasan yang diberi penumpuan adalah sekitar Setapak, Wangsa Maju dan Cheras.

"Kita turut menjalankan lawatan secara mengejut dari rumah ke rumah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memeriksa keadaan rumah dan jika didapati terdapat pembiakkan nyamuk kita tidak akan teragak-agak untuk mengenakan kompaun," katanya.

Sebelum ini, beberapa penduduk di sekitar kawasan terbabit pernah mengadu didatangi pihak yang mengakui dilantik pihak DBKL untuk melakukan penyemburan nyamuk dan meminta bayaran sebanyak RM80 ke RM100 untuk proses tersebut.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan