Wanita Umno Johor Sedia Hulur Bantuan Kepada Wanita Terlanjur

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Wanita Umno Johor memandang serius insiden pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dan bersedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang sudah terlanjur, kata ketuanya Senator Sharifah Azizah Syed Zain.

Menurut beliau, pergerakan itu meminta mereka yang sudah terlanjur itu supaya tidak mengambil jalan singkat dengan melakukan pembuangan bayi, sebaliknya menghubungi Wanita Umno Johor bagi bantuan.

"Mereka jangan takut-takut untuk menghubungi Wanita Umno Johor bagi membolehkan kami menghulurkan bantuan dan seterusnya menyelesaikan segala permasalahan yang mereka hadapi," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, Wanita Umno Johor dan Barisan Nasional (BN) telah menyediakan pelbagai kemudahan dan tempat yang sesuai untuk menempatkan ibu serta bayi bagi menghindari mereka daripada terjebak di dalam kegiatan pembuangan bayi.

Sharifah berkata demikian sebagai mengulas kegiatan pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini termasuk kejadian penemuan mayat bayi lelaki yang sudah terbakar di sebuah tong sampah di Kuala Krai, Kelantan dua hari lepas.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor semalam membayangkan kemungkinan untuk menwujudkan rangkaian kerjasama pelbagai pihak untuk menangani masalah tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan bagi mengelak pembuangan bayi.

Sharifah Azizah berkata, "Skuad Sayang" Umno Johor bekerjasama dengan JKM negeri itu di dalam usahanya untuk mengesan golongan wanita yang berpendapatan rendah untuk dihulurkan bantuan.

"Kita telah pun memulakan usaha tersebut dengan bantuan JKM dan setakat ini respons adalah amat menggalakkan. Tujuan program itu adalah untuk meluaskan rangkaian bantuan terhadap golongan wanita yang memerlukannya," katanya.

Menurut beliau, di bawah program "Jalinan Rakyat" Wanita Umno Johor pula, mereka akan turun padang dan membantu menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh golongan wanita di negeri ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan