Usah Bimbang Untuk Kahwin Atau Lahirkan Anak Pada Tahun Harimau - Kong

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Pasangan muda Cina tidak perlu bimbang untuk berkahwin dan memperoleh cahaya mata pada tahun harimau walaupun kepercayaan masyarakat itu menganggap ia sesuatu yang tidak elok, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Pengerusi MCA Perak itu berkata beliau sendiri yang dilahirkan pada tahun harimau merupakan satu bukti bahawa orang yang dilahirkan pada tahun tersebut juga boleh mencapai kejayaan dalam hidup seperti orang lain.

"Bukan sahaja saya dilahirkan pada tahun harimau, kita amat bertuah sekali kerana Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga dilahirkan pada tahun harimau.

"Ini diharapkan akan memberi satu rangsangan untuk pasangan muda kita untuk melahirkan bayi pada tahun harimau ini," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina beliau di Marina Island Pangkor, Teluk Muroh di sini hari ini.

Zambry dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli merupakan tetamu kehormat pada majlis berkenaan yang dihadiri lebih 2,000 tetamu pelbagai kaum.

Zambry dalam ucapannya turut menyatakan bahawa aktres antarabangsa kelahiran Ipoh, Datuk Michelle Yeoh merupakan satu lagi contoh mereka yang dilahirkan pada tahun harimau mampu mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tahun harimau dianggap masa yang tidak sesuai untuk pasangan Cina berkahwin dan melahirkan anak kerana dipercayai anak yang dilahirkan pada tahun harimau amat agresif selain menyebabkan suami akan mati awal. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan