Seorang Lagi Rentung Dalam Kemalangan di Lebuh Raya PLUS

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang lagi mangsa kemalangan mati hangus dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sedenak.

Mangsa, seorang lelaki berusia 35 tahun dalam perjalanan balik ke Johor Baharu dari Batu Pahat apabila kemalangan tersebut berlaku pada lebih kurang jam 4.30 pagi di KM39.7 itu.

Sim Kia Chuan, yang memandu kereta Mercedes Benz, dipercayai hilang kawalan ke atas keretanya sebelum merempuh penghadang keselamatan di tepi lebuh raya.

Akibat rempuhan itu, Sim yang terperangkap di dalam keretanya hangus terbakar.

Orang-ramai yang menyaksikan kejadian itu telah menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba lebih kurang 15 minit kemudian.

Dalam pada itu, OCPD Kulai Jaya, Supt Zulkefly Yahya berkata, mangsa sebelum itu baru sahaja menghantar anak dan isterinya pulang untuk menyambut sambutan Tahun Baru Cina di Batu Pahat, sebelum berpatah balik ke Johor Baharu pada jam 2 pagi.

"Berdasarkan cerita saksi, kami mengesyaki mangsa mungkin mengantuk dan tertidur sehingga mengakibatkan dia hilang kawalan ke atas keretanya,” kata Supt Zulkefly sambil menambah tidak ada kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan itu.

Supt Zulkefly menasihati para pemandu supaya mengambil langkah berjaga-jaga di musim perayaan ini khususnya rehat yang cukup.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan