Raja Muda Perlis Minta Rakyat Asing Turut Terap 1Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Keindahan gagasan 1Malaysia yang dinikmati oleh rakyat berbilang kaum secara harmoni di negara ini seharusnya dikongsi bersama oleh rakyat asing yang menetap di negara ini, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah bahawa pelajar, pedagang dan profesional asing yang bermastautin di negara ini patut menerima gagasan itu dan menerapkannya dalam jiwa mereka secara ikhlas.

Bertitah pada majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini, baginda berharap rakyat asing dapat menerapkan budaya murni rakyat Malaysia yang sentiasa mengutamakan perpaduan dan toleransi sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka.

"Sungguhpun kita amat mengalu-alukan kehadiran warga asing ke negara ini dalam sektor-sektor yang memerlukan, namun mereka juga perlu mempamerkan nilai-nilai yang terbaik dan boleh diterima oleh rakyat negara ini," titah baginda yang juga Canselor UniMAP.

Menurut Syed Faizuddin, kadang-kadang terdapat rakyat asing yang mengamalkan kegiatan agresif dan jenayah di negara ini dan perbuatan mereka boleh menakutkan rakyat tempatan yang cintakan kedamaian.

"Jangan sekali-kali menganggap keselesaan yang wujud hasil sikap murni rakyat negara ini, lebih mudahkan mereka melakukan apa sahaja. Jangan calarkan silatulrahim dan persefahaman erat diplomatik negara asal mereka dengan negara ini," tegas baginda.

Baginda bertitah rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga perlu menghormati undang-undang negara dan tatacara hidup rakyat di negara yang mereka diami, sebagaimana apa yang diharapkan kepada rakyat asing di negara ini.

"Alangkah indahnya jika rakyat asing yang mencari rezeki dan belajar di negara ini turut menerapkan nilai-nilai murni dan gagasan 1Malaysia untuk sama-sama mencari titip perpaduan yang ikhlas.

"Pepatah Melayu ada menyebut 'Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung' yang seharusnya diguna pakai oleh sesiapa sahaja yang berada di negara ini," titah Syed Faizuddin.

Seramai 120 pelajar antarabangsa termasuk 45 pelajar dari China di UniMAP diraikan pada majlis itu yang diserikan dengan persembahan tarian singa dan kebudayaan oleh para pelajar.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah yang juga Pro Canselor UniMAP dan Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan