Pelajar Hilang Ketika Mandi Di Pantai Balok

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Keseronokan 12 sahabat yang datang dari Kuala Lumpur untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina ke sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas dan empat lagi nyaris lemas ketika mandi di Pantai Balok di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mangsa yang dikhuatiri lemas dan hilang dalam kejadian itu ialah Mohd Azhar Fhaiz Mohd Azlan, 17, beralamat di Jalan Permasiuri 1, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Menurutnya, empat yang terselamat ialah Syed Mohd Haizat Syed Mohd Nasir, Mohd Faridzul Mohd Karim, kedua-duanya berusia 20 tahun, Mohd Shah Hafiz Suhaimi, 16, dan seorang remaja perempuan belum dikenal pasti identitinya yang kesemuanya berasal dari Kuala Lumpur.

"Kumpulan remaja terbabit dipercayai datang dari Kuala Lumpur untuk mandi di Pantai Balok, bagaimanapun ketika mandi, lima daripada mereka dipercayai hampir lemas," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 3.30 petang.

Mohd Jasmani berkata, rakan-rakan mangsa yang melihat kejadian itu berusaha membantu di mana empat daripada mereka sempat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk menerima rawatan.

Beliau difahamkan keempat-empat remaja itu telah diberikan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, seramai 50 anggota termasuk pegawai terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah melancarkan operasi mencari Mohd Azhar Fhaiz.

Menurutnya, sehingga operasi mencari ditamatkan pada pukul 7.30 malam tadi, mangsa masih gagal ditemui dan operasi tersebut dijangka disambung pukul 8 pagi ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan