Kestabilan Politik Daya Penarik Utama Pelabur Ke Sabah - Musa Aman

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Kestabilan politik di Sabah adalah faktor utama yang menarik pelabur asing ke negeri itu termasuk dari Amerika Syarikat, Eropah dan Australia yang kini menunjukkan minat untuk berbuat demikian, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata mereka yakin dengan keadaan politik di negeri tersebut yang berjaya mengekalkan perpaduan sekalipun rakyatnya terdiri daripada lebih 30 suku kaum.

"Dalam pertemuan dengan mereka, saya bertanya kepada mereka kenapa berminat untuk membuat pelaburan di negeri ini dan mereka menyatakan faktor utama adalah disebabkan kestabilan politik," katanya pada majlis makan malam anjuran Majlis Perbandaran Sandakan sempena Tahun Baru Cina, di sini malam semalam.

Musa berkata terbaru sebuah syarikat dari luar negara merancang untuk menjadikan Sabah pusat operasi mereka yang kedua terbesar dengan nilai pelaburan RM4 bilion.

Katanya faktor lain yang menjadi tarikan pelabur asing ke Sabah ialah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri serta kewujudan sumber-sumber lain yang diperlukan seperti tenaga kerja. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan