Zul Noordin, Ibrahim Ali Kecam Guan Eng Batalkan Perarakan Maulidur Rasul

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen kontroversi dari PKR, Zulkifli Noordin malam ini menyertai senarai pemimpin politik yang mengutuk dan mengecam apa yang mereka labelkan sebagai percubaan Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng untuk membatalkan perarakan maulidur rasul bagi tahun 1431 Hijriah / 2010 ini.

"Ini jelas pada saya membuktikan apa yang telah saya sebutkan sebelum ini bahawa kepimpinan YAB Lim Guan Eng adalah bersikap chauvinis, ekstremis, rasis dan mempunyai agenda sempit perkauman yang jelas.

"Cubaan mereka untuk menutup kebenaran yang terbongkar sangatlah mengaibkan. Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang telus dan ikhlas. Ternyata slogan mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz adalah retorik politik murahan yang kosong dan mengelirukan.

"Dan yang paling malang, ada segelintir di kalangan kita yang terpedaya dengan mainan politik silap mata ini dan turut bersekongkol untuk menjahanamkan agama dan bangsa sendiri," tegas Zulkifli dalam laman blognya yang dimuat naikkan pada jam 8.05 malam tadi (Ahad).

Zulkifli dalam nada yang sangat keras terus memberi amaran kepada Guan Eng bahawa masyarakat Islam tidak akan tunduk diam.

Malah beliau menyeru umat Islam dan kakitangan kerajaan negeri yang beragama Islam bangun membantah tindakan Guan Eng itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Perkasa hari ini melabel Guan Eng sebagai anti-Melayu sambil menyifatkan ketua menteri itu menipu tentang pembatalan perarakan maulidur rasul bagi peringkat negeri hujung bulan ini.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Guan Eng secara tiba-tiba cuba berdalih mengenai pembatalan itu setelah pekeliling mengenainya disiarkan oleh media massa dan juga oleh internet.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan