Zahrain Nak Saman Lim Guan Eng

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang baru sahaja meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Saya dah minta peguam untuk teliti perkara ini, tengoklah nanti lepas sambutan Tahun Baru Cina mungkin beliau (Guan Eng) dapatlah (surat peguam).

"Saya perlu ambil tindakan undang-undang sebab Guan Eng dah melampau, sekarang dia fitnah saya dengan isu lain pula sebab nak tutup kelemahan dia sendiri," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Tindakan Zahrain untuk menyaman Guan Eng itu dibuat sebagai reaksi kepada kenyataan Guan Eng yang menyifatkan keputusannya keluar daripada PKR demi menjaga kepentingan peribadinya.

Ketua Menteri itu turut mendakwa keretakan antara beliau dan Zahrain berpunca daripada keputusan kerajaan negeri menolak tender bernilai RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort oleh sebuah syarikat RM2 yang disokong oleh Zahrain.

Zahrain adalah pengerusi dan anggota lembaga Island Golf Properties iaitu anak syarikat perbadanan negeri itu, PDC.

Selain itu, Setiausaha Agung DAP itu turut mempersoalkan tindakan Zahrain meletak kesemua jawatannya dalam parti, tetapi tidak sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Pengarah Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP) sedangkan jawatan itu dilantik oleh kepimpinan parti dalam pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut mengenai kedudukannya dalam IGP, Zahrain membayangkan akan turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah.

"Saya tahu dia persoalkan kedudukan saya di situ, tapi tunggulah sebab hari Jumaat saya baru umum keluar parti.

"Mungkin lepas Tahun Baru Cina ini saya akan umumkan... tunggu sajalah," katanya.

Mengenai dakwaan Guan Eng yang Zahrain kecewa kerana sokongannya ke atas tender sebuah syarikat untuk menguruskan Bukit Jambul Golf Resort ditolak oleh kerajaan negeri, Zahrain menyifatkan Guan Eng sebagai pemimpin yang suka berbohong serta sengaja menyebarkan fitnah demi kepentingan politiknya.

"Itu semua satu pembohongan yang besar, fitnah. Guan Eng memang kaki bohong. Ini fitnah Guan Eng yang nak putar belit cerita.

"Tak ada kena-mengena tindakan saya keluar daripada PKR dengan isu berkenaan," tegasnya.

Jelas beliau, keputusan memilih mana-mana syarikat bagi mendapatkan tender mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort dibuat bersama Ahli Lembaga Pengarah IGP dan bukannya keputusan mutlak beliau.

"Bukan saya yang pilih syarikat itu, tak kisahlah syarikat 'dua ringgit' ataupun 'syarikat dua ratus'.

"Yang penting ia tak ada kaitan dengan kepentingan peribadi saya sendiri sebagai Pengerusi dan juga Ahli Lembaga Pengarah," katanya.

Tambah Zahrain, beliau mempertahankan syarikat berkenaan demi menjaga integriti Lembaga Pengarah.

"Pemilihan syarikat berkenaan adalah dengan cadangan pihak pengurusan dan ia telahpun dipersetujui oleh anggota Lembaga Pengarah... semuanya dibuat mengikut peraturan.

"Tambahan pula pihak Lembaga Pengarah menaruh kepercayaan kepada syarikat berkenaan berdasarkan anggotanya yang terdiri daripada golongan profesional dalam bidang berkenaan yang diyakini, kita bukan pilih syarikat yang dimiliki oleh individu sebarangan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan