Tun M Sedih Langkawi Tidak Lagi Dalam LTdL

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedih kerana Pulau Langkawi tidak lagi menjadi laluan dalam Jelajah Basikal Le Tour De Langkawi (LTdL) sejak beberapa tahun lepas.

Katanya, pulau peranginan itu sepatutnya disenaraikan dalam peringkat Jelajah LTdL kerana matlamat awal penganjuran kejohanan itu adalah untuk mempromosikan pulau itu di mata dunia.

Dr Mahathir, yang menjadi pencetus penganjuran Jelajah LTdL pada 1996 berkata, berikutan LTdL tidak lagi diadakan di pulau itu maka satu kejohanan basikal bukit antarabangsa Langkawi akan dianjurkan pada Jun ini.

"Saya sedih kerana LTdL tidak dipertandingkan di Langkawi, sepatutnya diadakan di pulau peranginan ini," katanya pada sidang akhbar selepas melancar feri penumpang "My Ferry 2" berharga RM7 juta di Jeti Kuah, di sini, hari ini.

LTdL dalam bahasa Perancis bermaksud 'Melancong ke Langkawi' merupakan acara lumba basikal tahunan yang dianjurkan oleh Malaysia sejak 1996 dan edisi ke-15 tahun ini akan bermula 1 hingga 7 Mac ini.

Dr Mahathir berkata, kejohanan basikal bukit antarabangsa Langkawi akan diadakan pada 26 dan 27 Jun ini bagi menggantikan perlumbaan LTdL di pulau peranginan itu.

Katanya, kejohanan itu akan dianjurkan oleh sebuah syarikat tempatan dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM500,000.

Menurutnya, dua kategori akan dipertandingkan iaitu acara merentas desa sejauh 55 kilometer dan marathon 120 kilometer.

Mengenai LTdL, Dr Mahathir berkata, ianya adalah bahan promosi bukan sahaja untuk Langkawi nmalah untuk Malaysia dan adalah lebih berkesan jika perlumbaan itu disiarkan oleh stesen televisyen di luar negara.

Dalam pada itu, acara LTDL tahun ini membabitkan tujuh peringkat perlumbaan iaitu dari Kota-Baharu-Kuala Berang, Kuala Terengganu-Chukai, Pekan-Mersing, Mersing-Parit Sulong, Muar-Port Dickson, Putrajaya-Genting Highlands dan Kuala Kubu Baru-Dataran Merdeka yang membabitkan jarak keseluruhan sejauh 1,001.8 kilometer.

Kejohanan itu membabitkan seramai 120 pelumba daripada 20 pasukan termasuk dua pasukan tempatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan