Tahun Baru Cina Disambut Pelbagai Lapisan Masyarakat Dalam Semangat 1Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketika masyarakat Tionghua menyambut Tahun Baru Cina pada Ahad, kegembiraan untuk meraikannya turut dikongsi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini dalam semangat 1Malaysia.

Tidak ketinggalan ialah pembesar negara seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyertai ribuan rakyat hadir ke majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di ibu negara hari ini bagi memeriahkan sambutan perayaan itu.

Najib dan Muhyiddin yang diiringi isteri masing-masing iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dan Puan Sri Norainee Abdul Rahman mengunjungi destinasi pertama Rumah Terbuka mereka iaitu anjuran MCA di Wisma MCA di sini.

Ketibaan mereka di perkarangan Wisma MCA disambut Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dalam keadaan berkerusi roda kerana menjalani rawatan akibat kecederaan pada tumit serta pemimpin MCA yang lain.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu ialah menteri-menteri Kabinet, antaranya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Najib dan Muhyiddin meluangkan masa lebih sejam bersama-sama lebih 5,000 pengunjung di Dewan San Choon, Wisma MCA sebelum menuju ke satu lagi rumah terbuka yang diadakan di Dewan Wawasan, Menara PGRM anjuran Gerakan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan