Rumah Terbuka MB Perak Dapat Sambutan

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina anjuran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada hari ini mendapat sambutan dengan dihadiri lebih 3,000 masyarakat pelbagai kaum.

Majlis itu yang julung kali diadakan oleh seorang Menteri Besar bagi meraikan perayaan kaum lain, berlangsung dari pukul 1 tengah hari hingga 3 petang di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

Dalam sidang akhbarnya selepas majlis itu, Zambry berkata, jumlah kehadiran yang ramai itu jelas menunjukkan perpaduan dan suasana muhibbah yang wujud sejak sekian lama di kalangan penduduk yang terdiri daripada berbilang bangsa.

Antara tetamu yang menghadiri majlis itu termasuk aktres antarabangsa kelahiran Ipoh, Datuk Michelle Yeoh dan tunangnya, Datuk Seri Jean Todt yang juga bekas Pengurus Pasukan Formula 1 Ferrari.

Dalam pada itu, Zambry berkata, kerajaan negeri bercadang untuk menganjurkan salah satu perayaan utama dalam kalendar masyarakat Sikh iaitu perayaan Vaisakhi peringkat kebangsaan di tempat sama (kediaman rasmi MB) pada April ini jika mendapat sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Esok, kemeriahan kedatangan tahun harimau diteruskan dengan jamuan mesra oleh Dewan Perhimpunan Cina Perak di Hotel Impiana selain rumah terbuka oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Pengerusi Perhubungan MCA negeri Perak, Datuk Seri Kong Cho Ha di Sitiawan.

Kerajaan negeri Perak akan mengadakan majlis sambutan peringkat negeri di Chenderiang dekat Tapah, pada 21 Februari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan