Politik Pulau Pinang: Pemuda PAS Mahu Bertemu Lim

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat akan mengadakan pertemuan khas dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu politik yang berlaku di negeri tersebut.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pertemuan tersebut bertujuan melihat situasi sebenar yang berlaku di negeri tersebut berbanding yang dilaporkan media.

"Kami akan berjumpa Lim untuk mengetahui situasi sebenar dan turun untuk melihat keadaan yang berlaku di Pulau Pinang. Lim juga bersetuju untuk berjumpa pada pukul 10 pagi di pejabatnya pada 18 Februari ini.

"Seperti yang kita tahu negeri itu kini sedang menghadapi tekanan daripada kerajaan pusat, kita mahu melihat sendiri apa yang dikhabar media itu benar atau tidak" ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perlancaran Kempen Anti-Zina, Arak dan Seks Bebas di Pasar Seni, di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, Nasrudin memberitahu mereka akan mengambil tindakan tegas dalam membenteras gejala sosial yang semakin berleluasa di kalangan remaja.

"Dewan Pemuda Pas Pusat akan menganjurkan tiga kempen besar seluruh negara seperti itu.

"Kempen ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang masalah gejala sosial yang semakin serius dan dikhuatiri mamberi kesan kepada negara.

"Kempen ini akan berterusan sepanjang tahun dan akan digerakkan di peringkat negeri," katanya.

Sebanyak 500 keping risalah diedarkan kepada pengunjung-pengunjung di sekitar Pasar Seni.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan