Pergolakan Pakatan Pembangkang Sudah Dijangka: Musa Aman

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Pergolakan dalam pakatan pembangkang memang sudah dijangka disebabkan oleh perbezaan idealogi antara pemimpinnya, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Menurut beliau, faktor itu adalah kelemahan yang dilihat sejak pakatan pembangkang dibentuk dan semakin ketara kebelakangan ini.

"Pakatan mereka amat berbeza dengan parti komponen yang duduk di bawah Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan konsep toleransi dan persefahaman yang kuat.

"BN amat mementingkan rakyat dan rakyat dapat membuat penilaian antara BN dengan pakatan pembangkang, yang mana satu mampu membela nasib mereka dan tidak hanya berpolitik sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti MCA di sini hari ini.

Pergolakan terbaru dilihat berlaku dalam pakatan pembangkang di Pulau Pinang apabila Ahli Parlimen Bayan Baru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Zahrain tidak sebulu dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Musa yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, parti dalam komponen BN pada masa sekarang memberi tumpuan kepada rakyat yang menjadi keutamaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kerjasama dan persefahaman yang dijalin antara parti dalam komponen BN menjadi faktor penting kepada mencapai matlamat kerajaan yang mahu pemimpin turun dan berjumpa dengan rakyat di akar umbi," katanya.

Menurut beliau, sebarang masalah dalam BN, ia diselesaikan secara rundingan dan duduk semeja untuk mencapai penyelesaian secara baik. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan