Pelajar Hilang Ketika Mandi Di Pantai Balok

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Keseronokan 12 sahabat yang datang dari Kuala Lumpur untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina ke sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas dan empat lagi nyaris lemas ketika mandi di Pantai Balok di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, mangsa yang dikhuatiri lemas dan hilang dalam kejadian itu ialah Mohd Azhar Fhaiz Mohd Azlan, 17, beralamat di Jalan Permasiuri 1, Bandar Seri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Menurutnya, empat yang terselamat ialah Syed Mohd Haizat Syed Mohd Nasir, Mohd Faridzul Mohd Karim, kedua-duanya berusia 20 tahun, Mohd Shah Hafiz Suhaimi, 16, dan seorang remaja perempuan belum dikenal pasti identitinya yang kesemuanya berasal dari Kuala Lumpur.

"Kumpulan remaja terbabit dipercayai datang dari Kuala Lumpur untuk mandi di Pantai Balok, bagaimanapun ketika mandi, lima daripada mereka dipercayai hampir lemas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 3.30 petang.

Mohd Jasmani berkata, rakan-rakan mangsa yang melihat kejadian itu berusaha membantu di mana empat daripada mereka sempat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk menerima rawatan.

Beliau difahamkan keempat-empat remaja itu telah diberikan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, seramai 50 anggota termasuk pegawai terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah melancarkan operasi mencari Mohd Azhar Fhaiz.

Menurutnya, sehingga operasi mencari ditamatkan pada pukul 7.30 malam tadi, mangsa masih gagal ditemui dan operasi tersebut dijangka disambung pukul 8 pagi esok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan