Jadikan Semangat Tahun Harimau Asas Pupuk Perpaduan: Najib

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyertai jutaan rakyat Malaysia memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina hari ini, mahu semangat Tahun Harimau dijadikan asas dalam meneruskan usaha memupuk perpaduan nasional dan memajukan negara.

Bercakap ringkas pada pemberita sebelum meninggalkan majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA di Wisma MCA di sini, Najib berkata, tahun ini adalah Tahun Harimau mengikut kalendar masyarakat Cina dan haiwan itu adalah simbol kepada ciri-ciri seperti keberanian yang boleh dianggap sebagai antara cerminan imej Malaysia.

"Saya berharap harimau sebagai simbol ciri-ciri seperti keberanian, seperti kesungguhan yang dianggap sebagai cerminan pada imej Malaysia juga.

"Jadi semangat '1Malaysian Tiger' ini akan jadi asas untuk kita meneruskan usaha memupuk perpaduan nasional dan untuk terus memajukan negara Malaysia," katanya.

Ini merupakan sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina yang pertama bagi Najib sebagai Perdana Menteri selepas menjawat jawatan itu pada 3 April tahun lepas.

Dalam mesej Tahun Baru Cina yang disiarkan melalui lintas langsung TV3 pula, Perdana Menteri meminta rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina dengan semangat 1Malaysia dan penuh keyakinan mengenai masa depan negara.

Katanya, jika semua rakyat Malaysia menghayati gagasan 1Malaysia cetusan beliau itu, maka rakyat akan bergerak sebagai satu bangsa.

"Saya ucapkan selamat Tahun Baru Cina khususnya pada kaum Cina, untuk sambut tahun ini dengan penuh kemeriahan dan sambutlah dengan semangat 1Malaysia dan sambutlah dengan penuh keyakinan mengenai masa depan negara Malaysia.

"Jika kita sama-sama menghayati konsep 1Malaysia, kita akan bergerak sebagai satu bangsa dan satu negara," katanya.

Menurut Najib, gagasan 1Malaysia bukan slogan tetapi sebagai panduan dan falsafah utama dalam menentukan dasar dan program yang dilaksanakan oleh semua kementerian dan agensi kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan