Sepuluh Kematian Pada Hari Keenam Ops Sikap Ke-21

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepuluh lagi kematian dicatat pada hari keenam Ops Sikap ke-21 semalam menjadikan jumlah mangsa yang terkorban sejak Ops sikap itu dilancarkan pada 7 Februari lepas sehingga semalam adalah 52 orang.

Daripada sepuluh kematian yang dicatatkan semalam tujuh membabitkan pengguna motosikal.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Supt Rasdi Ramli berkata tiga lagi kematian masing-masing membabitkan pengguna kereta, kenderaan pacuan empat roda dan pejalan kaki.

Tiga kemalangan maut berlaku di Jalan Persekutuan, masing-masing dua di lebuh raya, jalan negeri dan jalan-jalan lain serta satu di jalan bandaran, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata daripada 1,127 kemalangan yang dicatat pada hari keenam Ops Sikap itu yang dilancarkan sempena sambutan Tahun Baru Cina, 478 kemalangan berlaku di jalan bandaran, jalan persekutuan (291), jalan negeri (193), lebuh raya (113) dan jalan-jalan lain (52).

Sebanyak 10,444 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan