Pos Malaysia Sasar 15,000 Surat Kepada PM - Berita Semasa | mStar

Pos Malaysia Sasar 15,000 Surat Kepada PM

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad hari ini mensasarkan 15,000 penyertaan bagi pertandingan 'Menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak'.

Pengurus Pos Selangor Wan Sharpudin Wan Ramli berkata sehingga hari ini, sebanyak 9,000 surat diterima sejak pertandingan itu dilancar 29 Disember lepas.

"Berdasarkan sambutan yang menggalakkan ini, kita yakin akan dapat mencecah angka 15,000 penyertaan menjelang tarikh tutup pada Jumaat depan (19hb)," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan 500 lagi surat daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs di sini Jumaat.

Sharpudin berkata pertandingan seumpama ini mampu menjadi platform kepada golongan muda menyuarakan isi hati dan pandangan mereka berhubung visi gagasan 1Malaysia.

"Gagasan 1Malaysia sering kita dengar perbincangannya, sama ada di media massa atau di meja kopi, tetapi pertandingan ini kami anjurkan bagi memberi peluang kepada golongan muda untuk berkongsi perspektif mereka mengenai konsep itu," katanya.

Wan Sharpudin berkata hanya enam surat terbaik akan dipilih dan pemenang bakal memenangi hadiah menarik dalam bentuk wang tunai, kamera digital, baucer pembelian buku dan koleksi setem.

Pertandingan menulis surat kepada Perdana Menteri dianjur bersama oleh Kementerian Pelajaran, Pos Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan