Pelajar Malaysia Selamat Dalam Gempa Bumi Di Bali

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Semua pelajar Malaysia di Bali dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi yang berlaku awal hari ini, kata Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar.

Katanya MSD telah berhubung dengan para pemimpin pelajar di Bali serta Pejabat Konsul General Kehormat dan pihak berkuasa tempatan telah memaklumkan mengenai keadaan keselamatan pelajar Malaysia.

"Sebahagian besar sedang bercuti di Malaysia dan ada lebih kurang 90 orang sahaja yang masih berada di Bali. Harta benda di Bali juga tiada yang musnah," katanya di sini.

Katanya MSD akan memantau situasi di Bali sekiranya berlaku gempa susulan.

Dalam kejadian pada pukul 1.43 pagi waktu Indonesia Barat, gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Baeat Daya Nusa Dua, kira-kira 210km dari Bali.

Setakat ini tiada sebarang laporan kerosakan harta benda mahupun nyawa. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan