K'jaan P.Pinang Arah Pejabat Adun Permatang Berangan Dikosongkan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Kerajaan negeri Pulau Pinang mengarahkan Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, dekat sini, dikosongkan 23 Feb ini.

Sambil menyifatkan tindakan itu membuktikan kerajaan negeri pakatan pembangkang itu tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, ADUN kawasan itu Shabudin Yahaya berkata beliau menerima surat daripada Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara berhubung arahan itu, bulan lepas.

Tindakan itu tidak rasional kerana pejabat itu yang terletak bersebelahan Dewan Muhammad Haji Muhd Taib, Tasek Gelugor, adalah pejabat ADUN dan bukannya Pejabat Umno, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang itu berkata premis itu dijadikan pejabat Adun Permatang Berangan pada tahun 2004 dengan kebenaran Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara dan jawatankuasa dewan terbabit.

Shabudin berkata pejabat dan dewan berkenaan dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) atas tanah milik kerajaan persekutuan dan disebabkan status tanah itu tidak jelas, ia dikendalikan oleh kerajaan negeri.

"Keadaan dewan sebelum tahun 2004 sangat teruk dan ditinggalkan usang tanpa kelengkapan seperti bekalan air dan elektrik.

"Sejak kita masuk ke pejabat itu, kita turut membaik pulih keadaan dewan dan membayar bil air dan elektrik dewan yang digunakan oleh masyarakat untuk pelbagai aktiviti itu," katanya.

Walaupun akur dengan arahan kerajaan negeri, Shabudin bagaimanapun berharap dewan itu diselenggara dengan baik untuk kepentingan masyarakat setempat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan