Kerosakan Teknikal Kapal Selam Boleh Diperbaik Pengeluar - Ahmad Zahid - Berita Semasa | mStar

Kerosakan Teknikal Kapal Selam Boleh Diperbaik Pengeluar - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam cuma kerosakan kecil yang tidak menjejaskan operasinya dan boleh diperbaiki oleh pengeluar.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan juga telah dilakukan terhadap kerosakan yang dialami kapal selam itu.

"Kita ada tempoh jaminan (warranty) ke atas kapal selam itu dan kita yakin pihak pembekal atau pengeluar akan memperbaikinya," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Markas Tiga Divisyen, Kem Terendak, di sini hari ini.

Turut hadir ialah ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dan Panglima Tiga Divisyen Mej Jen Datuk Razali Ahmad.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Panglima Tentera Laut Jen Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar semalam mengesahkan kerosakan itu yang dikesan pada 17 Januari lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pengkalan Tentera Laut Diraja Melaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah. Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata penyertaan Malaysia dalam eksais Gobra Gold hanya sebagai pemerhati sahaja.

"Kita merasa cukup sehingga kini untuk menjadi pemerhati di dalam eksais itu kerana kita ada eksais lain dengan Thailand yang bersesuaian dengan kehendak kita," katanya.

Eksais latihan perang Cobra Glod 2010 kini berlangsung di Wilayah Chonburi, Thailand yang membabitkan 14,000 askar dari Korea Selatan, Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat, Singapura dan Jepun.

Sementara itu, beliau berkata kemudahan perumahan anggota di Markas Tiga Divisyen yang telah beroperasi selama 65 tahun akan ditingkatkan bagi menempatkan semula lebih 2,700 anggota markas itu yang kini tinggal di luar.

"Kita rancang tempat untuk semua anggota tentera yang tinggal di luar supaya duduk di kediaman perumahan anggota tentera di dalam kem ini," katanya.

Beliau berkata usaha itu bagi memudahkan mobiliti anggota-anggota yang terlibat dalam sebarang operasi dan keselamatan anggota keluarga anggota. Katanya cadangan pembinaan rumah anggota tentera itu akan menggunakan konsep bina, sewa, urus dan pindah milik dengan pemaju swasta. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan