Kerajaan Pulau Pinang Gawat Politik - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sambutan Maulidur Rasul di negeri itu merupakan isyarat jelas mengenai kegawatan politik yang berlaku di negeri itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata rakyat sepatutnya membuka mata tentang sikap sebenar kerajaan negeri di bawah pimipinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Ini satu contoh perkara yang mereka lakukan dan ini menimbulkan kemarahan serta tidak puas hati dikalangan rakyat," katanya ketika mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan itu.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan, mesyuarat jawatankuasa induk majlis sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 Masehi peringkat negeri itu pada 3 Februari lalu memutuskan perarakan tersebut dibatalkan tetapi majlis perhimpunan ummah diteruskan di Dewan Sri Pinang.

Difahamkan pekelilling mengenai perkara itu telah diedarkan kepada semua ketua jabatan, badan berkanun dan pengurusan pihak berkuasa tempatan.

Alasan yang diberikan adalah kerajaan negeri mahu membuat kelainan pada sambutan kali ini.

Selain itu, pada tahun ini juga kerajaan negeri tidak memilih mana-mana individu sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul.

Mengulas lajut perkara itu, Muhyiddin yang Menteri Pelajaran berkata, perarakan tersebut tidak sepatutnya dibatalkan kerana ia telah menjadi tradisi di kalangan umat Islam di negara ini.

"Perkara yang menjadi tradisi sepatutnya diberi keutamaan. Lebih-lebih lagi pada waktu sekarang ini kita perlu menjaga hati semua orang.

"Kalau saya jadi Guan Eng, dia patut teruskan apa-apa yang menjadi kebaikan kepada semua pihak. Ini bagi menunjukkan kerajaan negeri memahami dan menghormati amalan agama-agama lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan Ar-Rahnu Exchange Koperasi Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat Berhad di sini hari ini.

Beliau turut mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP itu menunjukkan mereka tidak bersama-sama mendokong hasrat umat Islam di negeri itu.

"Adakah sikap mereka ini bagi menunjukkan satu sikap baru DAP yang menggambarkan mereka tidak bersama-sama menjadi pendokong hasrat umat Islam.

"Kita tanya balik kepada dia, kalau jawapannya tidak, dia perlu tenangkan keadaan.

"Kalau dia bimbang tentang tahap keselamatan, polis ada untuk jaga keselamatan dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangkan.

"Mereka ada cara untuk kawal keadaan. Kita kena lihat keputusan sebenarnya kerana ini laporan media sahaja dia (Guan Eng) mungkin akan nafikan," katanya.

Tambahnya, perkara tersebut jelas menunjukkan keadaan politik di Pulau Pinang semakin gawat.

"Macam-macam hal yang timbul ini bukan dibangkitkan oleh pihak Umno seperti yang dituduh oleh Guan Eng.

"Yang membangkitkan isu dan permasalahan di sana semakin panas adalah ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat sendiri," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim keluar daripada Pakatan Rakyat jelas menunjukkan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sudah tahu perjuangannya dalam pakatan pembangkang adalah sia-sia.

"Kita sudah menjangka banyak pemimpin Pakatan Rakyat termasuk daripada PAS dan PKR meninggalkan parti mereka.

"Zahrain sudah sedar perjuangan dia dalam pakatan tidak bermakna. Dia tidak dapat pengiktirafan atas sumbangan yang dibuat. Jadi apa yang diperjuangkan menjadi sia-sia Jadi apa guna dia kekal disitu," katanya.

Pada sidang media pagi tadi, Zahrain yang juga bekas ahli Umno mengumumkan keluar dari PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai anggota Bebas berkuat kuasa serta-merta.

Zahrain berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau kecewa dengan pemerintahan Guan Eng di samping tidak lagi percaya dengan perjuangan pakatan pembangkang.

Ditanya adakah Umno akan membuka pintu kepada Zahrain untuk kembali menyertai parti itu, Muhyiddin berkata: "Itu terserah kepada dia. Kita tidak tahu hasrat sebenar dia.

"Peringkat pertama dia mungkin tidak akan menyertai mana-mana parti macam sesetengah pemimpin pembangkang yang keluar parti,” ujarnya.

Katanya, apa yang lebih penting ialah isyarat jelas yang ditunjukkan oleh Zahrain kepada sikap pemimpin PR yang lain.

"Dia sedar bahawa tidak ada faedah untuk kekal dalam PR kerana PR tidak boleh memperjuangkan nasib rakyat.

"Apa juga keputusan yang dia buat bagi kita, Umno tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa pun. Kalau itu hasratnya.

"Mungkin pada peringkat ini dia fikir awal sangat dan dia nak berfikir. Jadi tak apa la, kita tidak ada masalah," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan