DCA Siasat Bagaimana Dadah Bolos Di KLIA

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menyiasat bagaimana bekalan dadah dapat dibawa masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) walaupun terdapat peralatan canggih seperti mesin pengimbas ditempatkan di lapangan terbang itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata kawalan keselamatan di KLIA sentiasa diperketatkan bagi memastikan tidak berlaku sebarang insiden yang boleh mengancam keselamatan orang ramai.

"Kita perlu siasat bagaimana ia boleh berlaku (membawa masuk dan keluar dadah)," katanya kepada pemberita selepas Latihan Amal Table Top (Ops Rampas) Peringkat Kebangsaan di Pusat Latihan Malaysia Airports di sini hari ini.

Beliau mengulas beberapa kes rampasan dadah di KLIA yang melibatkan warga asing di mana yang terbaru cubaan menyeludup masuk 11.1 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM3 juta oleh enam rakyat Iran termasuk seorang wanita.

Azharuddin bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya kemungkinan perbuatan itu didalangi oleh orang dalam.

"Kita sentiasa ketatkan kawalan... mesin pengimbas yang ada lebih kepada mengesan barangan berbahaya seperti senjata api, peledak dan juga bom. Sehingga kini tiada barangan berbahaya seperti itu terlepas," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan