Timbalan Yang di-Pertuan Agong Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menghadiri Mesyuarat ke-220 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini hari ini.

Baginda diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat hari kedua itu.

Mesyuarat itu yang bermula semalam, dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri semua Sultan kecuali Kelantan, Pahang, Perlis dan Terengganu.

Sultan Kelantan diwakili Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Faris Petra, Sultan Pahang diwakili Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Raja Perlis diwakili Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail manakala Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Menteri Besar dan Ketua Menteri turut hadir mengiringi Sultan dan wakil Sultan masing-masing kecuali Kelantan yang diwakili Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dan Sarawak yang diwakili Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri, Datuk Awang Tengah Ali Hasan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan