Sarawak Cadang Pasang CCTV Di Kawasan Banjir

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak bercadang memperkenalkan sistem pemantauan banjir di kawasan berisiko tinggi di seluruh negeri itu menerusi pemasangan sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan hari ini berkata, ketika ini sistem pemantauan CCTV sedang dipasang di dua lokasi oleh Sarawak Informative Systems Sdn Bhd (Sains) dan rancangan itu boleh diperluaskan mengikut keperluan di Kapit, Miri dan Bintulu.

"Ketika ini kamera secara masa nyata (real-time) yang dipasang di tempat strategik di Baraj Sungai Sarawak dan Menara Sanyan di Sibu adalah berkesan sebagai langkah pencegahan," katanya pada sidang akhbar di Bilik Operasi Negeri di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, sistem pemantauan menerusi CCTV itu di Baraj Sungai Sarawak membolehkan pihak berkuasa bersedia sebaik sahaja paras air mencecah 11 meter sebagai petanda kemungkinan banyak kawasan rendah di Kuching dilanda banjir.

Dr Chan yang juga Pengerusi Jawatakuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Negeri berkata, ramalan cuaca semasa sambutan Tahun Baru Cina Ahad ini adalah baik berbanding tahun sebelum ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan