PM Rasmi Konvensyen Umno Pahang 19 Februari

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan Konvensyen Umno Pahang yang akan dihadiri lebih 2,000 anggota Umno pada 19 Februari ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata, konvensyen itu akan berlangsung selama tiga hari di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bandar Jengka.

"Majlis penutup dijadual dilakukan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 21 Febuari," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, lebih 2,000 anggota terdiri daripada jawatankuasa Umno bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri di Pahang akan menyertai konvensyen berkenaan, di mana usul dan kertas kerja antaranya berkaitan agama, pendidikan, ekonomi, politik dan peranan media baru akan dibentangkan.

Menurut beliau, Umno Pahang di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berharap konvensyen itu akan menghasilkan lebih banyak rumusan yang boleh dijadikan garis panduan kepada anggota Umno, selain memperkasakan lagi Umno Pahang. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan