Perhebat Kenal Pasti Badan Akreditasi Untuk Latihan ATM

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan melalui Perbadanan Hal Ehwal Tentera (Perhebat) mengenal pasti beberapa badan akreditasi tempatan dan antarabangsa yang akan menilai prestasi semasa dan selepas anggota tentera dalam lapangan masing-masing.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, badan akreditasi itu akan dilantik selepas rangka kerja perkara itu disiapkan dan dibentangkan kepada kementerian untuk keputusan lanjut.

"Perkara ini khusus untuk anggota sebelum mereka keluar dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga semasa mereka sedang berkhidmat.

"Jadi kita akan latih mereka melalui pensijilan yang ditetapkan badan akreditasi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke 40 Perhebat di sini hari ini.

Antara badan akreditasi yang telah dikenal pasti ialah Australian Diving Accreditation Scheme (ADAS) dan Jabatan Penerbangan Awam.

Abdul Latiff berkata, anggota ATM perlu menjalani latihan dan program yang ditetapkan oleh Perhebat yang bersesuaian dengan kepakaran mereka sewaktu perkhidmatan dan ianya kelak akan dinilai oleh badan akreditasi itu.

"Contohnya ada antara mereka mungkin bekerja sebagai tukang masak atau juruteknik dalam ATM, jadi kita akan tingkatkan kepakaran mereka itu melalui latihan. Di akhir nanti selepas tamat perkhidmatan mereka dapat bekerja dengan mana-mana industri (bersesuaian) melalui pensijilan yang diakreditasikan," katanya.

Beliau berkata, anggota tentera yang menyertainya dibenarkan memilih program latihan yang bersesuaian sama ada latihan pendek selama enam bulan, 18 bulan ataupun mengikuti terus program diploma yang bakal ditawarkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan