Pengusaha Makanan Halal Disaran Amal Sistem 'Halalan Toyyiban'

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengusaha makanan halal tempatan perlu meningkatkan nilai tambah dan kualiti produk masing-masing dengan mengamalkan sistem 'halalan toyyiban'.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, dengan sistem halalan toyyiban, setiap produk halal yang dihasilkan akan dijamin kesuciannya di sepanjang rantaian bekalan, walaupun telah melalui beberapa proses logistik khususnya pengangkutan, pergudangan, pembungkusan dan peruncitan.

"Sistem ini akan menghindar dan meminimumkan kemungkinan kontaminasi produk-produk ini dari perkara-perkara yang haram dan ini selaras dengan usaha kerajaan dalam menjamin integriti produk-produk halal," katanya pada majlis perasmian Forum Konsultatif Kebangsaan Standard Halalan Toyyiban di sini hari ini.

Nor Mohamed berkata, industri makanan halal menyediakan peluang dan potensi yang amat besar kepada pengusaha makanan tempatan untuk mengembangkan pasaran masing-masing.

Beliau berkata, dianggarkan nilai pasaran industri makanan halal dunia akan mencecah RM2 trilion setahun manakala di Malaysia, ia kira-kira RM45 bilion setahun.

Forum Konsultatif Kebangsaan Standard Halalan Toyyiban dianjurkan oleh Yayasan Ekonomi Sejagat (YES) dengan kerjasama Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Jabatan Standards Malaysia.

Ia bertujuan untuk memperkenalkan Standard Halalan Toyyiban kepada peserta-peserta dalam industri halal. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan