MAHB Rancang Urus Satu, Dua Lapangan Terbang Baru Di Asia

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang mengurus satu atau dua lapangan terbang baru di Asia menjelang akhir tahun.

"Kami sedang mengkaji prospek itu. Kami akan mengumumkannya sebaik ia dimuktamadkan," kata Pengarah Urusannya, Tan Sri Bashir Ahmad hari ini.

Menerusi operasi luar negaranya, MAHB kini mengurus dua lapangan terbang di India dan sebuah lagi di Turki.

Bashir berkata, MAHB kini mengunjurkan untuk merekodkan peningkatan empat hingga lima peratus pertumbuhan penumpang daripada 8.2 peratus yang direkodkan tahun lepas.

"Saya merasakan industri itu semakin pulih. Jika anda lihat tahun lepas, industri itu mula pulih sejak beberapa bulan lepas dan kami yakin pemulihan itu akan diteruskan tahun ini. Kami yakin melihat pertumbuhan tahun ini, dan kami sangat konservatif," katanya.

Bashir juga berkata, empat lapangan terbang antarabangsa di Malaysia diurus oleh MAHB memperoleh status lapangan terbang platinum mengikut projek pas memasuki pesawat berkod bar Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Lapangan terbang terbabit ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Berdasarkan status platinum itu, MAHB kini memain peranan penting di Asia dalam meningkatkan pengalaman perjalanan penumpang, katanya.

"Kami akan memastikan lapangan terbang lain menggunakan kod bar itu menjelang akhir 2010 seperti yang dimandatkan oleh IATA," katanya.

Sementara itu, MAHB akan menjadi tuan rumah "Check-in Asia", forum pemprosesan bagasi dan penumpang bagi pemegang kepentingan industri perjalanan Asia Pasifik dari 24 hingga 24 November ini.

Acara itu dijangka menarik lebih 250 peserta dan 20 peserta pameran.

"MAHB menghargai peluang untuk menyediakan platform bagi pemegang kepentingan dalam industri perjalanan udara di rantau ini bagi membincangkan dan memutuskan penyelesaian terbaik mungkin dalam perubahan kaedah pemprosesan bagasi dan penumpang serta sistem berpotensi yang lain," katanya.

Beliau berkata, dengan proses pemeriksaan masuk menggunakan kaedah baharu, forum itu akan mendapat manfaat daripada semua peserta industri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan