Kes Pegawai Syarikat Dilarikan Tiada Kaitan Dengan Pengganas: Zahid

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil siasatan awal pihak berkuasa mendapati, insiden dua lelaki dilarikan sekumpulan penjenayah bersenjata senapang dan parang di pelantar pembiakan rumpai laut di perairan Pulau Sebangkat dengan Pulau Sibuan, baru-baru ini tiada kaitan dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf atau sindiket terancang.

Sebaliknya, kejadian yang berlaku kira-kira 10 batu nautika dari Semporna itu adalah lebih menjurus kepada pertikaian antara majikan dan pekerja.

"Saya tidak rasa begitu (perbuatan pengganas). Tapi ia adalah lebih kepada masalah antara majikan dan pekerja. Dia (Majikan) tak bayar gaji. Tiada kaitan langsung dengan pengganas.

"Ini adalah masalah antara individu terbabit dan bukannya dilakukan organisasi penjenayah yang berstruktur," tegasnya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyampaian watikah pelantikan anggota Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kemungkinan penculikan tersebut dirancang oleh kumpulan Abu Sayyaf atau sindiket penculik tertentu.

Ini kerana bulan lalu, Kedutaan Amerika Syarikat telah mengeluarkan pekeliling yang menasihati warganya supaya tidak mengunjungi daerah Timur Sabah termasuk ke Pulau Sipadan kerana dikhuatiri menjadi mangsa sasaran pengganas.

Dalam hubungan ini Ahmad Zahid turut menepis dakwaan penculikan itu ada kaitan dengan makluman perjalanan (travel advisory) yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat itu.

Ditanya mengenai sama ada dua mangsa itu masih berada di negara ini atau telah dibawa ke negara jiran, beliau berkata, perkara itu sedang dikendalikan oleh kementerian lain dan kementeriannya hanya membantu dari aspek penguatkuasaan.

Berhubung langkah-langkah pihaknya mengetatkan kawalan keselamatan di perairan negara, Ahmad Zahid berkata, menerusi Ops Pasir, pihak kementerian bukan sekadar menambah anggota bahkan menambah jangkauan enam pulau lagi selain daripada pulau-pulau sedia ada pada tahun ini.

"Kita juga mendapatkan kerjasama daripada agensi-agensi penguatkuasaan yang lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), polis marin dan lain-lain agensi yang berkaitan," ujarnya.

Tambah beliau, Ops Pasir dilancar sebelum insiden itu berlaku lagi dan berterusan sehingga kini.

Pelantar berkenaan terletak di tengah-tengah ribuan tali yang mengikat rumpai laut di kawasan perairan sedalam kira-kira satu meter yang sesuai untuk penternakan hidupan laut.

Ia terletak di antara Pulau Sebangkat, Pulau Sibuan, Pulau Sirongol, Pulau Maiga, Pulau Tatagan dan Pulau Salahan.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi Isnin lalu, pengurus besar dan penyelia syarikat itu, masing-masing berusia 25 dan 40 tahun dilarikan kumpulan lelaki bersenjata, termasuk dua menggunakan senapang, manakala bakinya bersenjatakan parang.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan