Kerajaan Tetapkan Pencapaian 100% KPI Untuk LKN

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan pencapaian 100 peratus sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi keberkesanan program Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan penetapan pencapaian 100 peratus KPI ini, barulah kerajaan dapat menilai sejauh mana pencapaian keberkesanan latihan yang dianjurkan oleh JLKN telah mencapai matlamatnya.

Menurutnya, KPI tersebut merangkumi aspek-aspek seperti semangat patriotisme, kesukarelawanan, jati diri dan perpaduan kaum.

"Dulu kita buat penetapan dalam 80 peratus sebagai penanda aras. Tapi kita telah menetapkan pencapaian prestasi 100 peratus bagi menilai sejauh mana pencapaian, permasalahan dan pemantauan yang dibuat.

"Maka dengan adanya penanda aras yang baru ini, saya yakin ketua pengarah, komandan dan jurulatih JLKN di semua peringkat akan mempunyai suatu kebertanggungjawaban yang lebih bagi memastikan setiap peserta PLKN dapat mengikuti kursus berdasarkan input yang diberikan.

"Ia bukan hanya dilihat dari segi hasil yang dulunya bersandarkan output, tapi hasil yang sebenarnya ialah keberkesanannya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyampaikan watikah pelantikan kepada lima anggota Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) yang akan berkhidmat selama tiga tahun.

Mereka terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid sebagai wakil kaum Melayu, Koh Chin Han (wakil kaum Cina) dan Murugesan Sinnandavar (wakil kaum India).

Ahmad Zahid memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menekankan agar modul integrasi nasional dapat memberatkan usul mendukung gagasan 1Malaysia. Jelas beliau, ini bagi membolehkan semua peserta menghayati falsafah gagasan terbabit selain peserta-peserta program JLKN ini dapat saling berinteraksi antara satu sama lain dalam satu kem atau dengan peserta kem lain.

"Selain itu, apa yang penting sekali apabila mereka menjadi alumni dan menjalankan tugas mereka, mereka dapat mengembalikan apa-apa yang dipelajari di kem dulu kepada masyarakat.

"Ini satu perancangan jangka masa sederhana dan panjang bagi menyemai rasa kecintaan kepada negara, memahami masyarakat yang bersilang budaya dan mempunyai semangat kesukarelawanan untuk menyertai pasukan berseragam dan pertubuhan yang akhirnya dijangka mengasimilasikan mereka dalam masyarakat," ujarnya.

Tambah Ahmad Zahid, kerajaan mengambil pendekatan pencapaian 100 peratus KPI ini setelah melakukan kajian terhadap sekumpulan responden yang terdiri daripada ibu-bapa, peserta, majikan dan orang-ramai.

Katanya, kajian itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)dan dapatan kajian itu bakal diumumkan dalam tempoh sebulan dua ini.

Mengenai andaian program JKLN gagal mencapai KPI 100 peratus, Ahmad Zahid memberitahu, pihaknya akan mengubah suai dan menambahbaikkan modul program tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan