Kapal Sertai Operasi Teluk Aden Kembali

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Kapal bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bunga Mas 5 (BM5) selamat kembali ke tanah air selepas menjalankan operasi mengiringi kapal negara daripada ancaman lanun di perairan Teluk Aden sejak enam bulan lepas.

Ketibaan kapal bantuan berkenaan di Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut di sini disambut Panglima Armada, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan kaum keluarga anggotanya.

Sepanjang tempoh tersebut, BM 5 berjaya mengiringi 33 konvoi yang terdiri daripada 45 buah kapal dagang milik negara.

Operasi BM 5 adalah hasil perkongsian strategik TLDM dan Malaysian International Shipping Corporation (MISC) bagi menjaga keselamatan kapal-kapal dagang Malaysia yang merentasi Perairan Teluk Aden.

Perkongsian ini merupakan operasi perintis menggabungkan kekuatan pasukan tetap ATM yang terdiri daripada anggota TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia dan pasukan tentera darat dengan krew BM 5 yang telah diserapkan ke Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM).

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika melancarkan operasi itu sebelum ini berkata, perkongsian strategik operasi kapal bantuan pelbagai guna Bunga Mas 5 itu menunjukkan negara sentiasa komited menghadapi konflik di perairan luar.

Jepun, Korea Selatan dan Jerman dilaporkan berminat mengaplikasi kerjasama strategik yang dijalankan oleh TLDM itu untuk mengawal keselamatan laluan dagang mereka di perairan Teluk Aden.

Operasi mengawal keselamatan kapal dagang negara di perairan berkenaan dilancarkan selepas dua kejadian rampasan kapal oleh lanun di perairan berkenaan pada 2008.

Dalam kes pertama pada 19 Ogos 2008, kapal MT Bunga Melati 2 dengan 39 anak kapal 29 warga Malaysia dan selebihnya warga Filipina, dirampas oleh lanun di Teluk Aden di perairan Somalia dan Yemen manakala 10 hari kemudian MT Bunga Melati 5, dengan 36 anak kapal warga Malaysia dan lima warga Filipina pula dirampas di perairan yang sama.

Kedua-dua buah kapal dan anak kapal dibebaskan selepas MISC membayar sejumlah wang tebusan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan