Kampung Air Semporna Bakal Jadi Kampung Warisan

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Kampung Air yang terletak di pinggir bandar Semporna bakal dijadikan Kampung Warisan, kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran.

Beliau berkata, usaha menjadikan Kampung Air yang telah wujud sejak berzaman lepas sedang dikaji oleh pihak pentadbiran daerah itu.

Menurutnya, apabila program itu dilaksanakan, kemudahan asas di kawasan berkenaan seperti jambatan, sistem bekalan elektrik, air serta sistem kumbahan akan lebih bersih dan teratur.

"Selain itu, pengurusan perkampungan ini juga akan bertambah baik kerana ia akan ditabir sebuah jawatankuasa dan pemegang amanah yang dipengerusikan Pegawai Daerah sendiri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program menambah anggota Umno kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senalang di sini hari ini.

Sehubungan itu, Nasir menasihatkan penduduk Kampung Air Semporna supaya tidak mendengar khabar angin kononnya akan berlaku pemindahan penduduk, sebaliknya memberi jaminan penduduk sedia ada akan kekal di kampung itu. Beliau berharap usaha menaik taraf Kampung Air Semporna sebagai Kampung Warisan akan menjadi satu lagi produk pelancongan di daerah itu untuk menarik pelancong asing yang berminat melihat perkampungan masyarakat Bajau.

Sementara itu, Nasir berkata, kerajaan akan membina semula rumah penduduk di kampung itu yang musnah dalam kebakaran pada 15 Dis lepas dan sistem pembinaannya akan menjadi model kepada bentuk Kampung Warisan yang dirancang itu.

Katanya, pembinaan rumah tiga bilik beserta ruang dapur dan ruang tamu oleh pemaju yang dilantik kerajaan itu akan dimulakan bulan depan dan dijangka siap sebelum sambutan Hari Raya Aidifitri ini.

"Saiz rumah yang bakal dibina dan bahan binaan yang akan digunakan adalah berdasarkan piawaian yang ditetapkan kerajaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan