Jangan Buang Bayi Merata-Rata, Pelbagai Tempat Untuk Mereka

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibu bapa diingatkan jangan membuang bayi merata-rata jika menghadapi masalah untuk menjaganya kerana kerajaan telah mengadakan pelbagai tempat bagi mereka menempatkan bayinya dengan selamat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ibu bapa boleh menempatkan bayi mereka di semua cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), rumah perlindungan serta hospital.

"Jika ibu bapa yang berada dalam situasi berisiko, ada masalah, datanglah ke pejabat JKM atau setidak-tidaknya jumpalah pemimpin tempatan. Wanita Umno pun ada. Jangan sekali-kali lagi berlaku seperti ini atau menjadi budaya rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas bertemu wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia di sini hari ini

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penemuan mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dalam keadaan badannya kemerahan dipercayai digigit semut di hadapan pintu pagar Masjid Permatang Duyong, Melaka semalam.

Tabiat buruk membuang bayi yang semakin berleluasa ketika ini amat membimbangkan dan menunjukkan ramai anggota masyarakat kini mengalami tekanan hidup, katanya.

"Masyarakat kita menghadapi stres dan sebab itu kita dalam dunia ini mesti ada keseimbangan. Dalam mengejar kejayaan, kita jangan lupa nilai-nilai kekeluargaan sebab keluarga itu akhirnya menjadi tempat perlindungan utama," katanya.

Mengenai pertemuan dengan wakil kedutaan asing, Shahrizat berkata ia sebagai platform untuk memaklumkan kepada pihak berkenaan dan mendapatkan sokongan mereka terhadap usaha dan program yang dijalankan kementerian dan Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW).

Beliau berkata NIEW adalah sebuah institut antarabangsa di bawah kementerian itu yang diwujudkan untuk menyuara dan meningkatkan imej wanita di kalangan pemimpin dan negara di peringkat global serta menyediakan latihan serta pendedahan kepada pengupayaan wanita di bawah negara-negara NAM.

"Selama lima tahun ini, NIEW telah menjalankan banyak program dan berjaya. Tetapi di masa hadapan NIEW harus membantu kementerian untuk membina imej substensif kepada wanita," kata Shahrizat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan