Harga Barang Kawalan Dijual Lebih Murah Di Pulau Pinang

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Harga barangan kawalan meliputi barang basah dan kering di Pulau Pinang dijual lebih murah berbanding harga siling yang ditetapkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, Abdul Rahim Hassan berkata, peniaga meletakkan harga barangan kurang 1 sen hingga RM2 berbanding harga siling 11 jenis barangan.

"Berdasarkan pemantauan yang dibuat pegawai kita, para peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tiada sebarang kes kenaikan harga dilaporkan sehingga kini.

"Lebih membanggakan, kebanyakan peniaga turut menjual barang dengan harga patut sebagai usaha untuk menarik lebih ramai pelanggan membeli barangan mereka," katanya kepada pemberita selepas Kempen Kurangkan Gula di Plaza Tol B Jambatan Pulau Pinang di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, pemantauan pihaknya secara berterusan juga mendapati barangan yang dijual dalam pasaran setakat ini mencukupi.

Sehubungan itu, Abdul Rahim menasihatkan orang ramai supaya tidak menjalankan pembelian secara panik bagi memastikan harga terus stabil.

"Sementara itu, pengguna boleh membuat laporan kepada kita sekiranya wujud kegiatan menjual barangan melebihi harga yang ditetapkan," katanya.

Pada 3 Februari lepas, KPDNKK menetapkan 11 jenis barang harga terkawal di bawah skim kawalan harga musim perayaan Tahun Baru Cina berkuatkuasa 10 hingga 21 Februari ini.

Antara barang kawalan berkenaan adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B, dan C, kubis bulat import dari Indonesia dan China kecuali jenis Beijing, ikan bawal putih serta udang putih besar.

Turut dimasukkan dalam senarai skim tersebut buat pertama kali adalah perut babi dan daging babi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan