Gandingan Pemimpin Sekarang Dan Dahulu Mampu Majukan Negara - Najib

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemimpin sekarang perlu bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang lepas untuk sama-sama memajukan negara.

Sambil melahirkan penghargaan kepada teguran dan kenyataan positif daripada pemimpin-pemimpin terdahulu, Perdana Menteri berkata, ini bermakna mereka ini turut mengambil berat mengenai cabaran yang dihadapi oleh negara.

"Kita perlu berganding bahu...pemimpin sekarang dan dahulu, supaya kita dapat membangunkan lagi Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Nombor Identiti Korporat Malaysia (MyCoID) di sini hari ini.

Selasa lepas, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau senang corak kepimpinan Najib yang dapat memenuhi aspirasi rakyat dan negara.

Ditanya mengenai kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa pakatan pembangkang sedia memberikan kerjasama kepada kerajaan Barisan Nasional di negeri itu sekiranya beberapa syarat dipenuhi, Najib berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Antara syarat itu ialah pembangkang dibenarkan menggunakan dewan orang ramai untuk menjalankan aktiviti mereka, tidak disekat menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input, dan meminta supaya wakil rakyat pembangkang Diberi peruntukan untuk kerja berkaitan kebajikan rakyat.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan berbincang dengan China supaya eksport negara itu ke Malaysia dikurangkan, Najib berkata sebarang rundingan perlu berasaskan kepada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Asean-China sebagai satu perjanjian multilateral.

"Ia tidak boleh berasaskan peraturan dua hala. Yang penting ialah kita mesti sentiasa kompetitif dan sedia membuat penyesuaian untuk mencapai kejayaan," kata Perdana Menteri.

FTA Asean-China berkuatkuasa 1 Januari tahun ini. Namun ada beberapa pihak melahirkan rasa bimbang bahawa perjanjian itu boleh menjejaskan pekilang-pekilang tempatan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan