Bomba NS Selamatkan Harta RM370.8 Juta Tahun Lepas

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM370.8 juta daripada musnah dijilat api ketika kejadian kebakaran pada tahun lepas, kata Pengarahnya, Md Salleh Sarbini.

Bagaimanapun katanya, jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung akibat kejadian kebakaran pada tahun lepas adalah RM19.6 juta.

"Pada tahun lepas, jabatan telah menerima 3,561 panggilan kecemasan yang terdiri daripada kebakaran dan menyelamat. Daripada jumlah itu, 148 adalah panggilan kebakaran bangunan, harta benda (1,776), kemalangan jalan raya (300), bahan-bahan kimia (49), bencana seperti banjir (142), kecemasan melibatkan struktur (24), mencari dan menyelamat seperti orang lemas (22) dan lain-lain seperti tangkap ular atau tebuan (1,100)," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, sempena perayaan Tahun Baru Cina ini pihaknya akan membuat rondaan di jalan raya dan lebuh raya di negeri ini, di samping membuat pemantauan dari udara menggunakan helikopter.

Katanya, bilik gerakan bomba sentiasa beroperasi 24 jam dan orang ramai dinasihatkan supaya segera menghubungi bomba di talian 999 jika berlaku kebakaran dan juga kecemasan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan