Anuar Shaari Serah Maklumat Untuk Bantu Polis Jejak R.Petra

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Bekas pegawai khas kepada Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri hari ini tampil ke balai polis untuk memberikan maklumat yang beliau dakwa dapat membantu pihak berkuasa menjejaki di manakah Editor Malaysian Today, Raja Petra Kamaruddin berada.

Anuar Shaari,41, yang pernah berkhidmat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tahun 1996 sehingga 1998, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah pada jam 10 pagi tadi dan menghabiskan masa lebih kurang 30 minit bersama OCPD ACP Salehhudin Abd Rahman.

"Saya telah serahkan beberapa dokumen dan maklumat termasuk gambar foto seorang warga Amerika berasal dari Pakistan bernama Aasil Kazi Ahmad yang saya percaya dapat membantu pihak polis menjejaki Raja Petra," katanya kepada para pemberita di sini.

Menurut Anuar, sekiranya pihak berkuasa dapat menjejaki Aasils, beliau percaya mereka juga akan dapat menjejaki di manakah Raja Petra berada.

Beliau mendakwa Aasil dan Raja Petra sangat rapat dan berkongsi kepakaran dan minat dalam IT dan media sambil menambah Aasil bermastautin di Washington tetapi kerap kali berulang alik ke Malaysia sejak 2004.

Anuar juga berkata, bekas penulis ucapan Anwar, Dr Munawar Anees, juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Aasil dan mungkin dapat membantu menjejaki di mana Raja Petra berada.

Raja Petra dikehendaki polis kerana gagal hadir di mahkamah dalam dua perbicaraan melibatkan akta hasutan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan