Tengku Fakhry Minta Bantuan Kedutaan Indonesia, Amerika Syarikat Serah Perintah Kepada Manohara

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra telah meminta bantuan kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di sini dalam usahanya untuk menyampaikan tiga penghakiman Mahkamah Tinggi terhadap isterinya Manohara Odelio Pinot.

Peguam Mohd Haaziq Pillay dan Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry, menyerahkan ketiga-tiga penghakiman Mahkamah Tinggi itu kepada wakil Kedutaan Indonesia hari ini, dan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat semalam.

Dua daripada penghakiman itu merupakan perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, pada 13 Disember 2009, supaya Manohara kembali taat kepada suaminya serta perintah supaya Manohara membayar semula hutang berjumlah RM1,112,250 kepada Tengku Muhammad Fakhry.

Sementara yang ketiga ialah penghakiman ingkar yang berjaya diperolehi Tengku Muhammad Fakhry daripada Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur pada 5 November, 2009 terhadap Manohara dan ibu mentuanya Daisy Fajarina, berhubung saman malu RM105 juta kerana memfitnah beliau.

Mohd Haaziq berkata selain itu pihaknya telah "menghantar penghakiman itu kepada Manohara tetapi beliau tidak memberikan kerjasama." "Oleh itu, kami bekerjasama dengan pihak Kedutaan Indonesia untuk menyampaikan penghakiman-penghakiman ini kepada Manohara supaya dipatuhi dan dilaksanakan," katanya kepada pemberita di Kedutaan Indonesia di sini.

Pegawai konsulat Indonesia Amiruddin Panjaitan telah menerima penghakiman itu.

Zainul Rijal juga berkata pihak mereka tidak menetapkan sebarang tempoh masa kepada pihak kedutaan Indonesia untuk menyampaikan penghakiman itu kepada Manohara.

Selain kedutaan Indonesia, Zainul Rijal berkata mereka juga turut meminta bantuan Kedutaan Amerika Syarikat kerana "Manohara mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Indonesia dan Amerika Syarikat, kerana bapa Manohara ialah warganegara Amerika Syarikat."

Tengku Muhammad Fakhry, 32 dan Manohara, 18, yang memegang gelaran Cik Puan Temenggong, telah berkahwin pada 26 Ogos, 2008 dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.

Selepas sembilan bulan berkahwin, Manohara telah pulang ke Indonesia secara mendadak tanpa kebenaran dan pengetahuan suaminya.

Pada 5 Julai, 2009, putera ketiga Sultan Kelantan itu memfailkan dua saman di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu terhadap Manohara bagi menuntut isterinya kembali taat kepadanya dan mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM972,750.

Pada 20 Julai lepas, Tengku Muhammad Fakhry mengemukakan pula saman malu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Manohara dan ibu mentuanya berhubung dakwaan memfitnah beliau dalam sidang media. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan