Sambutan Tahun Baru Cina Lebih Bermakna Buat Penerima Jantung Baru

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sambutan Tahun Baru Cina pada Ahad ini sungguh bermakna buat Tan Geek Koon, apabila beliau kini dapat menyambutnya bersama keluarga di rumah setelah lebih setahun terpaksa berada di Institut Jantung Negara (IJN) kerana menjalani rawatan pemindahan jantung.

Tan, 41, ibu kepada empat anak, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan terharunya apabila keluar dari wad menuju ke lobi IJN dengan ditemani doktor serta jururawat sebelum disambut suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Foo.

Beliau tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan IJN yang terlibat sehingga beliau dapat meneruskan hidup dengan jantung baru setelah kira-kira setahun menggunakan jantung mekanikal.

"Terima kasih banyak-banyak. Saya sungguh gembira dapat pulang dan menjalani semula hidup seperti biasa. Saya ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua dan mudah-mudahan setiap impian menjadi kenyataan," katanya ketika ditemui di IJN hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Bedah Kardiotorasik IJN Datuk Dr Mohd Azhari Yakub, Pengurus dan Ketua Koordinator Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), Datin Dr Fadhilah Zawiyah Lela Yasmin Mansor dan seorang lagi pesakit jantung yang masih menunggu penderma, Chen Winnie, 25.

Tan mengalami masalah jantung tidak berfungsi setelah melahirkan anak keempatnya pada 2008 dan dimasukkan ke IJN di mana jantungnya digantikan dengan jantung mekanikal.

Pada 8 Disember lepas, Tan menjalani pembedahan bagi menggantikan jantung mekanikal itu dengan jantung yang didermakan oleh seorang remaja lelaki yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak.

Pembedahan itu diketuai Dr Mohd Azhari dan Pakar Bedah Kardiotorasik Dr Mohd Nazeri Nordin, pakar-pakar lain dan 25 kakitangan perubatan lain termasuk lapan dari Hospital Ipoh.

Ketika ditemui, Dr Mohd Azhari berkata sejak menjalani pembedahan, Tan telah melalui enam proses biopsi dan keputusan menunjukkan tubuhnya menerima jantung baru itu dengan baik.

"Dalam enam proses tersebut hanya satu yang menunjukkan sedikit penolakan oleh tubuh, manakala yang lain menunjukkan reaksi positif," katanya.

Sementara itu, Koordinator Transplan IJN Sharifah Noraida Syed Nong berkata kos pembedahan dan jantung mekanikal Tan menelan belanja kira-kira RM197,000 manakala kos pemindahan jantung pada akhir tahun lepas pula berjumlah hampir RM113,000.

"Keseluruhan kos itu ditanggung oleh Yayasan IJN," katanya.

Beliau berkata pada tahun lepas, 35 orang telah menyatakan hasrat untuk mendermakan jantung mereka berbanding 24 orang pada tahun sebelumnya.

"Sehingga kini terdapat tujuh pesakit yang masih dalam senarai menunggu untuk menjalani pemindahan jantung di IJN," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan