Prosiding Kes Liwat Hari Keenam: Laporan Terkini

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Berikut adalah perkembangan terbaru kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masuk hari keenam.

11.25 pagi: Mahkamah ditangguhkan. Hakim Mohamad Zabidin akan membuat keputusan mengenai permohonan hakim tarik diri pada 18 Februari.

11.12 pagi: Hakim Mohamad Zabidin berkata beliau tidak akan membuat keputusan hari ini.

Hakim Mohamad Zabidin menangguhkan perbicaraan seketika kerana hakim ingin berbincang dengan kedua belah pihak dalam kamar hakim bagi menetapkan tarikh untuk memutuskan keputusan permohonan tarik diri.

11.01 pagi: Karpal membalas. “If you are referring to a room, why are you pointing to a bed?” soalnya.

11.00 pagi: Mohd Yusof menggambarkan 'kesilapan'Utusan Malaysia sebagai isu remeh dan berharap permohonan untuk menggantikan hakim akan disingkirkan.

10.39 pagi: Mohd Yusuf berkata kapsyen gambar "menunjukkan katil di mana tempat kejadian berlaku" tidak bermaksud tempat kejadian didakwa berlaku di atas katil.

Beliau menambah kapsyen itu menggambarkan bilik utama tempat kejadian didakwa berlaku dan bukannya di atas katil.

10.37 pagi: Katanya lagi 'kesilapan' Utusan Malaysia tidak ada kena mengena dengan mahkamah dan hakim tidak memberikan respon kepada perkara itu bukanlah satub kesalahan. Beliau menambah bahawa adalah salah untuk memberi satu tanggapan kepada orang awam tentang hakim.

Memetik daripada transkrip mahkamah, Mohd Yusuf berkata : "Apa sebab kamu berhenti kerja? Sebab sebenar, saya tidak mahu diliwat lagi."

10.20 pagi: Mohd Yusuf berkata alasan untuk mengugurkan Hakim mesti datang daripada perbicaraan itu sendiri dan tidak mengenai perkara kecil seperti laporan kahbar dan menambah bahawa aduan terhadap Utusan Malaysia bukanlah satu isu.

Katanya, satu keputusan buruk terhadap satu pihak bukan alasan untuk menolak seorang hakim.

Terdahulu, beliau menambah, kecenderungan serangan peribadi adalah apabila terdapat hubungan peribadi atau kemarahan oleh hakim itu dengan sesiapa sahaja terlibat dalam kes. “Itu bukan kes di sini,” katanya.

10.05 pagi: Karpal berkata, bantahan terhadap afidavit Anwar berhubung gambar yang digunakan pada muka depan Utusan Malaysia`12345678 dan kapsyen gambar sebagai Mohd Saiful menunjukkan kepada hakim katil di mana dia telah diliwat.

Karpal menambah terdapat tiada dalam prosiding itu yang menyebut “katil” seperti satu perincian semasa perbicaraan. Dia menambah bahawa Hakim Mohamad Zabidin hendaklah meletakkan jawatan sebagai beliau telah dipetik berkata bahawa butiran katil itu telah dibuat di mahkamah terbuka apabila prosiding sebenar tidak pernah menyebut sesuatu seperti sebuah katil.

Beliau turut mempersoalkan Hakim Mohamad Zabidin yang menegaskan akhbar tersebut tidak menyerang Anwar dengan tajuk berita:"Berhenti kerana tak mahu diliwat lagi."

9.55 pagi: Karpal memberitahu, Hakim Mohamad Zabidin mesti memberi kesaksamaan dalam mengadili sesuatu kes dan seorang hakim mesti jujur dan tidak syak wasangka terhadap pihak lain.

9.45 pagi: Karpal memberitahu mahkamah pihak pendakwaan telah membalas permohonan Anwar untuk menggantikan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sepanjang prosiding itu yang dibuat oleh pihak pembelaan pada rabu. "Kita jangan buang masa. Kami mahu prosiding diteruskan," katanya.

9.40 pagi: Mahkamah mula bersidang.

9.21 pagi: Anwar mengiringi peguam bela Karpal Singh masuk ke mahkamah. Sebelum itu, pergerakan orang awam yang ingin memasuki dewan perbicaraan menjadi perlahan apabila pasukan polis melakukan pemeriksaan ketat kepada pelawat.

Laporan selanjutnya selepas ini

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan