Nelayan Terengganu Juga Mungkin Dibekal GPS - Berita Semasa | mStar

Nelayan Terengganu Juga Mungkin Dibekal GPS

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Selepas Melaka, kini nelayan di Terengganu juga mungkin akan dibekalkan peranti sistem pengesanan global (GPS) bagi mengelakkan mereka tersasar ke perairan negara jiran semasa menangkap ikan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kerajaan negeri sedang meneliti perkara tersebut dengan serius kerana alat tersebut bakal membantu mereka mengetahui sempadan perairan negara.

"Macam laut ni kita tahu bukan ada tanda batu sempadan dan sebagainya... Kalau dia asyik menangkap ikan dan kemudian dibawa arus (mungkin boleh masuk ke perairan negara jiran)," katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan nelayan Terengganu yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Indonesia, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Nelayan tersebut, Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, ditahan pihak berkuasa perikanan Indonesia 12 November lalu bersama empat lagi nelayan berhampiran kawasan Pelantar Minyak Berlumut.

Empat nelayan tersebut, Ahmad Faizul Sulong, 33; Akhmadi Daud, 28; Mohd Arif Rosli, 20; dan Musa Mahammad, 33; bagaimanapun dibebaskan dan pulang ke tanah air 27 Disember lalu, meninggalkan Che Wan Budiman sebagai tekong kapal untuk dibicarakan.

Che Wan Budiman kemudiannya dibebaskan selepas dibicarakan dengan bayaran denda yang diselesaikan dengan bantuan kerajaan negeri Terengganu. Botnya dirampas.

Turut menyambut ketibaan mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir Ahmad Razif Abd Rahman.

Ahmad berterima kasih kepada kerajaan Indonesia yang memberikan layanan baik terhadap tahanan Malaysia di sana, juga Konsul Malaysia di Pontianak, Indonesia yang turut membantu membebaskan nelayan tersebut.

Ahmad berkata kerajaan negeri akan memikirkan bentuk bantuan kepada kelima-lima nelayan tersebut, termasuk subsidi untuk membeli bot baru. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan