Mohammad Nizar: Demokrasi Malaysia Menuju Sistem Raja Mutlak

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak boleh membawa kepada 'sistem pemerintahan beraja mutlak'.

Katanya, keputusan berkenaan seolah-olah telah mengetepikan prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia akan memberikan ruang supaya demokrasi di Malaysia jauh lebih kusut kerana ia seolah-olah menjurus kepada absolute monarchy.

"Maknanya kita tak perlu adakan pilihan raya, tak perlu ada Parlimen oleh kerana monarki boleh menetapkan siapa menjadi pemimpin sesebuah negari ataupun negara," katanya pada sidang media sejurus selepas keputusan berkenaan diisytiharkan di sini semalam.

Semalam, panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Mohammad Nizar daripada pakatan DAP-PAS-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Kata Mohammad Nizar lagi, keputusan berkenaan merupakan petanda 'hitam' dalam sejarah Malaysia kerana beliau mendakwa institusi kehakiman di negara ini masih belum bebas daripada sebarang pengaruh.

"Ini merupakan satu petanda yang amat hitam dalam sejarah Malaysia kerana kita merasakan bahawa rakyat mahu melihat bahawa intitusi kehakiman di beri ruang sebebas-bebasnya untuk membuat keputusan.

"Tapi keputusan ini seolah-oleh memberikan gambaran bahawa institusi kehakiman masih lagi belum terlepas dan bebas daripada apa-apa pengaruh," katanya.

Jelasnya kemelut politik di Perak tidak akan selesai sehingga rakyat diberikan hak untuk memilih kerajaan yang mereka inginkan.

"Kemelut Perlembagaan di Perak belum dapat diselesaikan kecuali hak untuk memilih kerajaan diberikan semula kepada rakyak... mahkamah hanya mentafsir undang-undnag," katanya.

Bagaimanapun Mohammad Nizar berkata beliau menerima keputusan berkenaan walaupun menganggap ia merupakan sesuatu yang menyedihkan.

Selain itu beliau menyifatkan keputusan berkenaan adalah di luar jangkaan.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjnag itu lagi, pihaknya akan meneliti penghakiman bertulis pada hari ini sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

"Kami terpaksa memikirkan semula kerana ada perkara-perkara yang disebutkan tadi perlu diperhalusi dan dibincangkan semula," katanya.

Mohammad Nizar juga meminta kepada rakyat Perak dan penyokong Pakatan Rakyat supaya bertenang dan tidak melakukan perkara di luar jangkaan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan