JPJ Tingkat Operasi Di Lokasi "Panas"

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAPAH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan secara penyamaran di beberapa lokasi "panas", iaitu kawasan yang tinggi kadar kemalangan, terutama pada musim perayaan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan hari ini.

"Penguatkuasaan secara penyamaran ini akan memberi tumpuan di lokasi berlakunya pelanggaran undang-undang...seperti kesalahan tidak memakai topi keledar, memandu secara berbahaya, memandu di lorong kecemasan dan lain-lain," kata Solah.

Beliau berkata anggota penguatkuasa JPJ yang berpakaian preman akan ditempatkan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti itu dan mengambil tindakan tegas dengan mengenakan kompaun maksimum ke atas pesalah.

Bercakap kepada pemberita sempena pelancaran operasi Penguatkuasaan Tahun Baru Cina 2010 (Ops Sikap 21) di Kawasan Rawat dan Rehat Tapah Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini, beliau berkata operasi berkenaan akan dijalankan serentak dengan rondaan biasa.

Mengenai Ops Highway yang bermula 25 Januari lalu hingga 24 April depan terhadap bas ekspres dan bas persiaran di sepanjang lebuh raya itu, Solah berkata operasi itu turut membabitkan penyamaran.

Katanya, kenderaan JPJ yang tidak berlogo akan meronda sepanjang lebuh raya dan mengekori bas-bas yang dikesan melanggar peraturan seperti memandu laju sebelum ia diarah berhenti di kawasan rehat atau plaza tol untuk diambil tindakan.

Kawasan operasi adalah antara Plaza Tol Kulai, Johor sehingga Plaza Tol Jitra, Kedah dan dilaksanakan 24 jam sehari, katanya.

Mengenai larangan kenderaan barangan menggunakan lebuhraya berkenaan semasa cuti Tahun Baru Cina mulai Ahad ini, Solah meminta orang ramai membantu menyalurkan maklumat kepada JPJ sekiranya mengesan lori melanggar arahan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan